ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 5 Mei 2024.


1. Kabinet belum bincang isu kenaikan harga petrol, diesel - PM

Anwar berkata laporan negatif media asing berhubung isu itu dilihat dibuat tanpa fakta sahih yang disemak terlebih dahulu.



2. Lelaki rogol anak kandung hingga lahir dua anak

Tangkapan telah dibuat ke atas suspek lelaki dan isterinya yang berusia 40-an di Ibu Pejabat Polis Daerah Port Dickson.


3. Lebih dua suspek dipercayai terlibat kes samun Akhyar Rashid

Satu pasukan khas juga telah ditubuhkan bagi mengesan kesemua suspek yang terlibat.


4. Percutian keluarga berakhir tragedi, tiga beranak lemas di Batang Kali

Kegembiraan sebuah keluarga bermandi-manda pada hujung minggu berakhir dengan tragedi apabila tiga beranak lemas dalam kejadian di Sungai Balak Batang Kali pada Ahad.


5. Setiap pemimpin jaga satu kampung, cadangan dibentang pada Kabinet - PM Anwar

Beliau berkata cadangan itu akan turut melibatkan Ahli Jemaah Menteri, pimpinan tertinggi kerajaan dan syarikat berkaitan kerajaan.


6. Faisal Halim cedera disimbah cecair dipercayai asid

Berdasarkan gambar yang dikongsi kepada Astro AWANI, terdapat kecederaan dilihat di bahagian muka, kepala dan bahagian belakang pemain tersebut.


7. Subsidi bersasar: Jangan buat spekulasi, tunggu pengumuman rasmi kerajaan

Semua pihak diminta tidak membuat sebarang spekulasi berhubung program subsidi bersasar, sebaliknya menunggu pengumuman rasmi daripada kerajaan, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh.


8. Simbah asid: Sultan Selangor titah PDRM siasat hingga ke akar umbi, cari segera pelaku

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menitahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) menyiasat sehingga ke akar umbi dan segera mencari dan menangkap pelaku dalam kejadian menimpa pemain Selangor FC, Faisal Halim pada Ahad.


9. SASC: Speedy Tigers bangkit tewaskan Kanada 6-2

Pasukan hoki lelaki negara bangkit daripada ketinggalan satu gol untuk menewaskan Kanada 6-2 pada Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-30.


10. Tunku Mahkota Ismail kecam insiden libatkan Faisal, Akhyar

Pemangku Sultan Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengecam dua insiden serangan terhadap pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dan Akhyar Rashid.